fbpx

Dunia tampil hulur bantuan kepada Turkiye, Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat dan sukarelawan membantu menarik keluar mangsa yang terselamat daripada runtuhan bangunan di Diyarbakir, Turkiye. – AFP

ANKARA – Negara-negara dari seluruh dunia menawarkan bantuan kepada Turkiye dan Syria untuk turut sama terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa tragedi gempa bumi kuat yang meragut lebih 1,200 nyawa setakat ini.

Antara yang sedang menghantar bantuan adalah Kesatuan Eropah yang mengerahkan beberapa pasukan penyelamat ke Turkiye.

“Pasukan-pasukan dari Belanda dan Romania sedang dalam perjalanan ke sana (Turkiye),” kata Komisioner Pengurusan Krisis EU, Janez Lenarcic menerusi laman Twitter.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron pula berkata, Paris sedia memberikan bantuan kecemasan kepada Turkiye dan Syria untuk meringankan usaha menyelamat.

“Kami berdiri teguh bersama semua keluarga yang terlibat,” ciapnya menerusi Twitter.

Tidak ketinggalan adalah Russia dengan Presiden Vladimir Putin menghantar pesanan kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad dan rakan sejawatnya dari Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

“Kami berharap semua mangsa yang cedera segera sembuh. Russia bersedia untuk menyediakan bantuan yang diperlukan untuk mengatasi impak daripada bencana alam ini,” kata Putin.

Selain itu, antara negara lain yang menawarkan bantuan termasuk Britain, Ukraine, Sepanyol, Iran, Poland, Republik Czech, Malaysia dan Switzerland. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI