fbpx

Duda tunjuk kemaluan, berkelakuan lucah direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tengah) yang didakwa berkelakuan lucah dibawa ke Mahkamah Majistret Yan di Yan hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman

YAN – Seorang duda direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menunjukkan kemaluan dan berkelakuan mengaibkan di tempat awam di sini pada semalam.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 26 tahun itu dikeluarkan Majistret Anis Suraya Ahmad di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, suspek ditahan di rumahnya di Teroi, di sini kira-kira pukul 5.45 petang semalam.

“Suspek direman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan dua wanita ketakutan apabila diekori seorang lelaki berkelakuan lucah dengan menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal di Batu 22 Jalan Teroi-Sungai Yan di sini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI