fbpx

Bunyi bising lato-lato ganggu akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketika duduk di hadapan pengantin lelaki dan membacakan lafaz ijab, jurunikah tersebut secara tiba-tiba menghentikan percakapan kerana terganggung oleh bunyi bising lato-lato. – Instagram @video_medsos

JAKARTA – Permainan lato-lato yang kini menjadi kegilaan di Indonesia turut mencetuskan kontroversi apabila bunyi bising alat mainan itu mengganggu ketenteraman orang ramai, lapor portal berita Wolipop.

Dalam satu klip video tular di media sosial, seorang jurunikah terpaksa menegur tetamu yang bermain lato-lato semasa akad nikah kerana bunyi mainan itu mengganggu upacara tersebut.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Instagram itu, seorang jurunikah dilihat  bersiap sedia melangsungkan  upacara akad nikah sepasang pengantin.

Ketika duduk di hadapan pengantin lelaki dan membacakan lafaz ijab, jurunikah tersebut secara tiba-tiba menghentikan percakapan kerana diganggu  bunyi bising lato-lato.

“Wahai saudara Sutriono bin Taman. Lato-lato..diam, lato-lato diam. Saya ulangi. Wahai Sutriono bin Taman saya nikahkan dan kawinkan,” kata jurunikah tersebut dengan nada terganggu.

Selepas mendengar teguran tersebut, bunyi lato-lato akhirnya lenyap sebelum jurunikah meneruskan upacara tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Di mana pun berada, suara lato-lato selalu ada,” kata seorang pengguna.

“Jangan ada yang berkata mereka hanya kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak juga perlu tahu adab dan sopan ketika berada di majlis orang. Amat penting untuk ibu bapa mengajar anak-anak mereka agar bersikap sopan di tempat orang,” ujar seorang netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI