fbpx

Angka korban gempa bumi Turkiye meningkat kepada 284

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak yang cedera dibawa ke wad kecemasan di sebuah hospital di Idlib, Syria, hari ini. – AFP

ANKARA – Angka kematian tragedi gempa bumi di Turkiye meningkat kepada sekurang-kurangnya 284 orang selepas gempa berkekuatan 7.8 pada skala Richter itu menggegarkan bahagian tenggara negara itu, kata Naib Presiden, Fuat Oktay dalam kemas kini terbaharu.

Menurut Oktay,  lebih 2,300 orang cedera bencana itu.  Beliau berkata, gempa itu adalah yang terkuat  pernah melanda Turkiye  dalam tempoh sekurang-kurangnya satu abad sambil menambah, usaha mencari dan menyelamat diteruskan di beberapa bandar utama.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa kuat itu menyebabkan sejumlah bangunan di beberapa buah bandar runtuh, manakala kerosakan turut berlaku di negara jiran, Syria.

Sekurang-kurangnya 245 orang terbunuh di Syria selepas bangunan-bangunan runtuh akibat gempa tersebut.

“Seramai 639 orang cedera,  manakala 237 terbunuh di wilayah Aleppo, Latakia, Hama dan Tartus,” kata Kementerian Kesihatan Syria dalam satu kenyataan.

Koresponden AFP di utara Syria berkata, penduduk yang ketakutan berlari keluar dari rumah mereka selepas gempa bumi melanda sebelum waktu subuh di bandar Gaziantep, Turkiye, kira-kira 40 kilometer (km) dari sempadan Syria.

Anggota-anggota penyelamat  sedang berusaha mencari mangsa-mangsa yang terperangkap di sebalik runtuhan bangunan ketika cuaca hujan.

Gempa tersebut berlaku pada pukul 4.17 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman kira-kira 17.9 km berhampiran bandar Gaziantep, yang menempatkan sekitar dua juta penduduk, kata USGS.

Rakaman televisyen menunjukkan orang ramai berdiri dalam salji sambil memakai baju tidur dan dalam keadaan terkejut. Mereka menyaksikan pasukan penyelamat menggali runtuhan kediaman-kediaman yang rosak.

Stesen televisyen NTV melaporkan bahawa bangunan-banguna juga runtuh di bandar Adiyaman, Malatya dan Diyarbakir. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI