PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap empat negeri sehingga tengah hari ini.
Menurut MetMalaysia, ribut petir dijangka di Perak, di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Sementara itu, hujan lebat diramal di kawasan Sabak Bernam, Selangor.
Beralih ke negeri Pantai Timur, Kelantan juga akan mengalami cuaca buruk sekitar Jeli dan Gua Musang.
Bagi negeri Pahang pula adalah di Tanah Tinggi Cameron.
Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.