fbpx

Usah pilih pengkhianat parti – Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh bersama orang ramai yang hadir ke Majlis Jasa Dikenang Budi Disanjung di Pasir Penambang di sini, petang tadi.  

KUALA SELANGOR – Tan Sri Noh Omar mengingatkan UMNO Bahagian Tanjong Karang supaya tidak memilih pengkhianat parti itu pada pemilihan yang bakal diadakan pada 18 Mac depan.

Bekas Ketua UMNO bahagian itu berkata, kesemua ahli perlu membuat keputusan bijak tanpa memilih individu yang tidak bersatu padu malah beliau kecewa apabila ada pihak yang menukar setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa (UMNO Bahagian Tanjong Karang) sedangkan pemilihan hanya dua bulan lagi.

“UMNO bahagian kini menyusun untuk pentadbiran, bukannya mana yang dicop sebagai orang saya dibuang. Jadi, mana datang perpaduan?,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jasa Dikenang Budi Disanjung di Pasir Penambang di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, jelas Noh, beliau belum membuat sebarang keputusan mengenai hala tuju politik selepas dipecat bulan lalu.

“Saya kini lebih selesa untuk menjadi penceramah bebas terutama dalam persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor. Kalau Bersatu (Parti Peribumi Bersatu Malaysia) atau Pas hendak jemput bagi ceramah saya akan beri. Kalau UMNO pun sudi menjemput saya, jemputlah,” ujarnya.

Ditanya mengenai peluang UMNO memenangi PRN di Selangor, beliau berkata, ia adalah tipis kerana mengalami kekalahan termasuk beberapa kubu kuat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI