fbpx

Tiga beranak terselamat selepas terbau asap kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah mangsa yang terbakar di Lorong Tiga, Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Selangor.

KUALA SELANGOR – Tiga beranak yang sedang nyenyak tidur nyaris rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Lorong Tiga, Bukit Belimbing di sini, hari ini.

Kejadian disedari kira-kira pukul 6.30 pagi selepas terhidu bau asap dan melihat api sebelum wanita dan dua anaknya berusia dua hingga 34 tahun itu bertindak keluar dari kediaman tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pukul 6.40 pagi sebelum 25 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Bestari Jaya, Kuala Selangor dan Sekinchan dikerah dalam lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati api marak memusnahkan rumah teres satu tingkat berkenaan. Kesemua mangsa bagaimanapun terselamat dengan turut dibantu orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam,anggaran kemusnahan rumah mangsa dianggarkan 70 peratus pada bahagian bumbung, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI