fbpx

Pervez Musharraf meninggal dunia di Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERVEZ Musharraf - Foto AFP

ISLAMABAD – Bekas Presiden Pakistan, Jeneral Pervez Musharraf, yang mengambil alih kuasa dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1999 meninggal dunia pada usia 79 tahun di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor portal berita BBC, hari ini.

Bekas pemimpin itu yang menjadi Presiden antara 2001 dan 2008 meninggal dunia selepas sakit bagi tempoh yang lama.

Musharraf meninggal dunia di sebuah hospital, pagi tadi.

Jenazahnya akan diterbangkan pulang dari UAE ke Pakistan dengan penerbangan khas selepas keluarganya mengemukakan permohonan untuk berbuat demikian, lapor saluran televisten Geo News.

Semasa hidupnya, Musharraf terselamat dalam banyak percubaan membunuhnya dan beliau menyokong perang melawan keganasan  yang dipelopori Amerika Syarikat (AS) selepas kejadian serangan pengganas pada 11 September 2001.

Pada 2008, beliau mengalami kekalahan dalam pilihan raya dan meninggalkan negara itu enam bulan kemudian.

Apabila kembali pada 2013 untuk cuba bertanding dalam pilihan raya, beliau telah ditangkap dan dihalang daripada bertanding.

Musharraf didakwa melakukan pengkhianatan tinggi dan dijatuhkan hukuman mati tanpa kehadirannya tetapi keputusan itu kemudian dibatalkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI