fbpx

Pemain termahal Britain gagal bantu Chelsea menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDEZ yang melakukan debut pertama bersama Chelsea dilihat gagal membantu kelab itu meraih kemenangan selepas seri dengan Fulham pada aksi EPL semalam. - AFP

LONDON – Sekalipun mampu menyinar pada penampilan sulungnya, Enzo Fernandez masih gagal menghadirkan impak lebih besar buat Chelsea yang terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 dengan Fulham di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Aspek penyudah kekal menjadi masalah buat The Blues yang kini hanya mampu meledak 22 gol dalam 21 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini, sekali gus menyaksikan pengurusnya, Graham Potter wajar mengerahkan idea baharu.

Disebalik usaha pemilik kelab untuk mendapatkan pemain baharu, prestasi yang dipamerkan pada perlawanan ini menghadirkan rasa kecewa buat penyokongnya selepas Chelsea dilihat bergelut untuk cuba mengatasi Fulham.

“Kami tidak melakukannya dengan lebih baik terutamanya dalam aspek menyerang dan mencipta peluang. Perkara se­perti inilah yang kami perlu lakukan.

“Ada berlaku ketidakstabilan, kami perlu lebih serasi dan cuba baiki segala kelemahan,” kata Potter yang kini dalam misi untuk mengeluarkan Chelsea daripada kelompok pertengahan liga.

Selain itu, Mykhailo Mudryk yang berjaya menarik perhatian ketika debut menentang Liverpool sebelum ini seakan-akan gagal meneruskan permainan baik, sekali gus beri cabaran besar buat Potter untuk sekurang-kurangnya menamatkan aksi di kelompok empat terbaik.

“Cabaran kami sekarang adalah bagaimana untuk menghasilkan keserasian dalam pa­sukan,” kata Potter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI