GADIS merak atau dalam bahasa Tamil dipanggil mayil nangai perlahan-lahan bangkit dari tidur lalu mempamerkan ekornya tatkala muzik Dheem Ta Dare daripada filem Thakshak dimainkan. Dua dayang yang berdiri kaku dalam gaya adal nangaigal di sebelahnya turut menggerakkan tubuh mereka mengikut irama lagu tersebut. Semakin rancak alunan lagu dimainkan, semakin lincah gerak tari gadis merak dan dayang-dayang dalam mempersembahkan tarian merak atau mayilattam. Menggunakan teknik tarian klasik India bernama Bharatanatyam, gerak tari ketiga-tiga gadis itu menceritakan tentang keriangan gadis merak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya