fbpx

Majikan meninggal dunia selepas dipukul tukang masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Seorang pembantu tukang masak gagal mengawal kemarahan lalu bertindak menumbuk dan memukul majikannya sehingga maut di sebuah restoran di Jalan Stadium, di sini semalam.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 68 tahun dipercayai turut diserang menggunakan kayu oleh suspek berusia 55 tahun di belakang kedai makan kira-kira pukul 5.15 petang.

Difahamkan perselisihan faham tercetus bermula antara isteri suspek dan anak mangsa berkaitan bekas peralatan yang sudah dicuci.

“Melihat kepada kejadian itu, mangsa dikatakan keluar dari restoran dan terus memarahi isteri suspek sebelum suspek turut masuk campur.

“Hilang sabar dengan tindakan majikannya itu, suspek kemudian dikatakan menyerang majikannya dengan sebatang kayu,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan pihaknya telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI