fbpx

Lari ketika serbuan polis, 2 lemas terjun sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat dijumpai terapung oleh nelayan pagi tadi. FOTO IHSAN Bomba

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia manakala rakannya masih hilang selepas bertindak terjun ke dalam sungai ketika polis membuat serbuan sekitar Jalan Muara 20, Taman Muara Esbee, di sini, Jumaat lalu.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu sekitar pukul 8.43 malam.

Katanya, seramai 15 kekuatan anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, dua lelaki tempatan yang berusia 24 dan 31 tahun telah terjun ke dalam sungai ketika serbuan pihak polis.

“Mangsa, Muhammad Zilfazli Mohd Ali, 31, ditemui terapung oleh nelayan hari ini pada pukul 7.52 pagi, kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB). Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, gerakan mencari masih diteruskan oleh pihak bomba terhadap seorang lagi rakan mangsa yang dipercayai lemas. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI