fbpx

[VIDEO] Kecoh pesakit bergaduh mulut tunggu lama rawatan hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video TikTok berhubung kekecohan di sebuah hospital kerajaan.

PETALING JAYA – Satu video tular di media sosial TikTok kekecohan bergaduh mulut dipercayai antara pesakit dengan kakitangan di sebuah hospital kerajaan di Serdang, Selangor.

Menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun Bisma Ali, kejadian itu dikatakan berpunca daripada masa menunggu giliran yang terlalu lama untuk berjumpa doktor.

“Gaduh di hospital, bahagian jantung. Dari pukul 8 pagi sampai pukul 7 malam. Khidmat yang sangat teruk,” katanya pada keterangan video tersebut.

Dalam pada itu, kedengaran suara bergaduh mulut daripada pesakit yang menunggu dan kelihatan kakitangan hospital cuba memberi penjelasan dan menenangkan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan maklum balas sama sewaktu berurusan di fasiliti kerajaan sekali gus mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan sepatutnya dalam menyelesaikan isu tersebut.

“Semua hospital sama. Bila kita banyak komplen, ramai cakap nak cepat pergi swasta. Entahlah tengoklah sendiri, dulu dan sekarang sama sahaja,” luah Seyhajalil.

“KKM patut lakukan sesuatu. Banyak sangat dah masalah begini berlaku di hospital dan klinik kerajaan,” kata Zul Eli.

“Kita nak salahkan selebihnya tak boleh juga sebab terlalu ramai. Mungkin dari segi pengurusan boleh diperbaiki. Contohnya ‘fix’ pemberian janji temu rawatan harian,” cadang Nurul Izzati Ismail. – KOSMO! ONLINE

@bisma_ali05 Gaduh at Hospital Serdang, bhg Jantung, dari pukul 8 pagi sampai 7 petang, very bad service😤 #fyp #tiktokviral ♬ original sound – Bisma Ali

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI