fbpx

Jumpa Ira? Tak mungkin terjadi – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RESPONS Puteri Sarah terhadap laporan blog yang menyatakan dia bersedia bertemu empat mata dengan Ira Kazar.

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah berasa lucu dan hanya mampu ketawa selepas membaca sebuah laporan blog yang mendakwa dia akan bersemuka dengan madunya, Ira Kazar.

Puteri Sarah, 36, menerusi Insta Story memuat naik tangkap layar perkongsian blog tersebut selepas ramai peminat memaklumkan perkara tersebut kepadanya.

“Ramai beritahu Sarah ni. Adoi, kelakar. Tak mungkin terjadi.

“Lagi pula saya masih di Mekah. Tenang netizen. Kreatif betul cerita,” tulisnya.

Artikel berkenaan menulis, pelakon Melastik Ke Hatimu itu bersedia bertemu dengan Ira dengan tajuk utama berbunyi: “Puteri Sarah jumpa Ira Kazar. Jangan lupa buat siaran langsung Sol (Syamsul) – Netizen.”

Sementara itu, Puteri Sarah yang berangkat menunaikan ibadah umrah sejak 26 Januari lalu berkata, dia tidak akan berhenti berjuang mendapatkan haknya.

“Akan berjuang untuk hak saya sampai dapat keadilan. Nanti ada orang ingat saya balik Malaysia, saya tarik balik semua saman,” katanya menjawab komen seorang peminat dalam hantaran Instagramnya.

Pelakon itu sebelum ini memaklumkan dia mahu mengerjakan ibadah umrah dengan tenang selepas selesai memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 16 Januari lalu.

Kemelut rumah tangga pasangan itu berada di kemuncak selepas Sarah nekad memfailkan cerai sejurus Syamsul mengesahkan sudah mengahwini isteri keduanya, Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI