fbpx

India banteras perkahwinan kanak-kanak, berkas 2,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERAJAAN negeri Assam di India melancarkan kempen membanteras perkahwinan kanak-kanak bermula kelmarin. -- AFP

NEW DELHI – Lebih 2,000 orang diberkas di kawasan pedalaman timur laut India selepas kerajaan melancarkan operasi membanteras perkahwinan kanak-kanak, kata polis.

India memiliki lebih 220 juta pengantin kanak-kanak, demikian menurut angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi bilangan perkahwinan sedemikian menurun secara drastik pada abad ini.

Kempen selama dua minggu di negeri Assam itu bermula kelmarin selepas Ketua Menteri, Himanta Biswa Sarma meminta bantuan orang ramai untuk membantu menghapuskan ‘amalan jahat itu’.

Beliau berkata, hampir seorang dalam setiap lapan wanita di Assam terpaksa melahirkan anak sebelum mencapai usia 18 tahun. Keadaan itu menyumbang kepada kadar kematian bayi dan ibu yang tinggi di Assam.

“Seramai 2,044 orang ditangkap pada hari pertama operasi termasuk 52 sami dan mereka yang membenarkan perkahwinan sedemikian,” kata Ketua Pendakwa raya polis Assam, GP Singh.

Katanya, budak perempuan seawal usia 12 tahun dikahwinkan kepada lelaki di negeri itu dan polis mempunyai sebanyak 4,074 kes perkahwinan kanak-kanak untuk disiasat.

Usia minimum untuk berkahwin di India ialah 18 tahun tetapi berjuta kanak-kanak dipaksa mendirikan rumahtangga pada usia muda terutamanya di kawasan miskin di pedalaman.

Ramai ibu bapa menawarkan anak-anak kerana faktor kewangan, menyebabkan kanak-kanak perempuan berhenti sekolah kerana terpaksa memasak dan melakukan kerja rumah. Mereka pula mengalami masalah kesihatan kerana melahirkan anak pada usia muda.

Dalam satu keputusan bersejarah pada 2017, Mahkamah Agung India memutuskan bahawa hubungan seks dengan isteri bawah umur adalah jenayah rogol. Keputusan itu disambut dengan gembira oleh aktivis-aktivis. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI