fbpx

Fizo Omar jawab Mawar ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANTANG ada status pelik, netizen mula mendakwa Fizo dan Mawar saling menyindir dalam media sosial.

INGATKAN bila masing-masing dah bawa haluan sendiri, selesai dah masalah. Hidup dengan aman dan tenang.

Tapi timbul pula dakwaan ada ‘drama’ sindir menyindir. Sebelum ini kecoh bila usahawan Mawar Karim dikatakan menyindir bekas suaminya Fizo Omar.

Dalam sindiran tersebut, Mawar memberi bayangan seolah-olah duitnya banyak habis disebabkan lelaki itu.

Enggan berdiam diri, Fizo kemudiannya memuat naik satu hantaran yang ditebak netizen sebagai jawapan balas terhadap kenyataan Mawar.

Dalam perkongsian tersebut, Fizo meluahkan rasa syukur atas kebahagiaan dan kesihatan yang baik dari Allah SWT.

Di akhir hantaran tersebut, sempat pula Fizo meletakkan nota kaki apabila memberitahu rezeki yang dia peroleh datang dalam pelbagai bentuk termasuk ‘fitnah’.

“Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk. Fitnah pun adalah satu rezeki. Rezeki ujian yang akan memberikan kekuatan,” katanya.

Dalam ruangan komen ramai peminat yang memberikan kata-kata semangat kepada Fizo.

Malah mereka juga sokong Fizo tak ada pun guna duit Mawar memandangkan hidupnya kini mewah walaupun dah bercerai dengannya.

“Teruskan positif abang Joe (panggilan Fizo),” ujar peminatnya.

“Abaikan. Semoga abang Fizo terus berjaya,” pinta seorang pengikutnya.

Diva sebagai seorang pemerhati harap-harap selepas ini tak ada lagilah cerita balas membalas kenyataan.

DIVA: ‘Sporting’ sungguh hampir semua penonton konsert Melly Goeslaw. semua ala-ala ‘back to school’!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI