fbpx

Empat nelayan ditemukan selamat, terapung dalam tong ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat nelayan ketika dijumpai oleh kapal luar pesisir Ultra Jaya yang dalam perjalanan ke pelantar, hanyut dalam tong ikan pada jarak kira-kira 75 batu nautika dari muara Sungai Miri pada pukul 10 pagi semalam.

MIRI – Empat nelayan ditemukan selamat terapung di dalam tong ikan selepas empat hari hanyut di laut setelah bot yang dinaiki mereka karam akibat dipukul ombak.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Shafie Paing berkata kesemua mangsa dijumpai oleh kapal luar pesisir Ultra Jaya yang dalam perjalanan ke pelantar.

Jelas beliau, kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan usia 25 hingga 44 tahun hanyut dalam tong ikan pada jarak kira-kira 75 batu nautika dari muara Sungai Miri pada pukul 10 pagi semalam.

“Kesemua mangsa kemudian dipindahkan ke kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) KM Tabah untuk dibawa ke Jeti Marina Bay, Miri bagi tindakan lanjut.

“Mangsa kelihatan dalam keadaan lemah akibat hidrasi seterusnya dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Shafie, berdasarkan keterangan mangsa, mereka telah keluar ke laut untuk memancing sejak 29 Januari lalu sebelum bot dinaiki mereka karam akibat dipukul ombak.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI