fbpx

Dituduh gay, Atiq Azman nak saman netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIQ AZMAN

SEBAB tak jaga mulut, seorang netizen bakal disaman pelakon tampan, Atiq Azman. Semuanya gara-gara netizen itu telah meninggalkan komen dengan menuduh Atiq sebagai seorang lelaki gay.

Mana tuan punya badan tak naik angin apabila dituduh sebegitu. Semuanya sebab Atiq berkongsi sekeping foto mempamerkan bentuk perutnya yang berotot ketika berada di gimnasium.

Masalahnya sekarang, kenapa lelaki yang berbadan sado, terus kena cop sebagai gay atau homoseksual?

Tidak berdiam diri dengan tuduhan yang diberikan, Atiq tampil memberi komen balas dan meminta agar individu terbabit tidak memadam atau menyekatnya dari platform media sosial tersebut.

“Standby tau, nak saman! Jangan delete atau block pula ye,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Atiq tampil mempertahankan aktor kesayangan mereka dan menyokong tindakannya untuk membawa kes ini ke mahkamah.

Selalunya netizen yang gatal tangan, komen yang bukan-bukan ni berani sebab pakai akaun palsu. Cuba kalau pakai akaun yang terpampang muka sendiri, agak-agaknya berani tak?

DIVA: Rasa macam sendu sahaja promosi Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI