fbpx

Banjir: Johor hampir pulih hanya tinggal 670 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH seorang mangsa banjir sedang membersihkan rumahnya di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.

JOHOR BAHRU – Bencana banjir di negeri ini terus menunjukkan tanda-tanda bakal berakhir apabila hanya 670 mangsa yang masih di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah mangsa itu terdiri terdiri daripada 188 buah keluarga berbanding 821 mangsa yang direkodkan, pagi semalam.

“Hanya dua daerah masih terjejas akibat banjir iaitu Batu Pahat dan Segamat dengan enam PPS beroperasi antara mereka.

“Di Batu Pahat, terdapat seramai 644 mangsa daripada 179 keluarga yang ditempatkan di lima PPS yang kekal beroperasi di daerah itu, manakala di Segamat terdapat seramai 26 mangsa daripada sembilan keluarga di satu PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan satu jalan yang masih ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai disebabkan tanah runtuh.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI