fbpx

6,381 laman web judi online disekat MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 6,381 laman web judi online telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi tempoh 2020 hingga akhir tahun lalu.

MCMC menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, tindakan itu diambil atas permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289).

Menurutnya, pihaknya turut menamatkan sebanyak 212,399 talian telefon termasuk talian mudah alih dan tetap kerana menghantar sistem pesanan ringkas (sms) meragukan seperti mempromosikan judi online, pinjaman tidak berlesen dan lain-lain sepanjang tempoh sama.

“Dalam hal ini, PDRM menjalankan penguatkuasaan manakala MCMC memberi bantuan teknikal kepada polis termasuk membekalkan maklumat dan sekatan laman web berunsur perjudian selain tindakan penguatkuasaan, kesedaran diri, pendidikan serta kawalan kendiri,” katanya.

Katanya, pengguna juga boleh memainkan peranan dalam menyekat aktiviti promosi judi online iaitu dengan melaporkan kepada MCMC supaya pembatalan talian dapat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI