fbpx

Thaipusam: 1,888 anggota kawal sekitar Batu Caves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk S. Sasikala Devi ketika menyerahkan buah tangan kepada pengunjung di Kuil Sri Subramaniyar Swamy, Batu Caves, Gombak, hari ini.

GOMBAK – Seramai 1,888 pegawai dan anggota polis dari pelbagai jabatan di seluruh kontinjen Selangor selain dibantu 11 agensi lain ditugaskan di lima zon sekitar Batu Caves sempena sambutan Thaipusam.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, bilangan pengunjung yang hadir direkodkan setakat ini adalah lebih 300,000.

“Jumlah tersebut dijangka akan meningkat menjelang ketibaan pedati (chariot) sekitar pukul 3 petang ini.

“Sehubungan itu, jumlah pengunjung yang tiba dijangkakan akan meningkat bermula petang ini sehingga malam esok,” katanya ketika ditemui di Kuil Sri Subramaniyar Swamy, Batu Caves, di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Ketua Penolong Pengarah D4, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner, S. Shanmugamoorthy Chinniah, dan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed.

Menurut Sasikala, keadaan di sekitar kawasan tumpuan tersebut masih terkawal dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

“Setakat ini tiada insiden yang menarik, kami hanya mengeluarkan saman terhadap kenderaan yang melanggar peraturan jalan raya.

“Orang ramai dinasihatkan agar mengikut arahan yang dikeluarkan anggota trafik agar tidak menganggu lalu lintas dan pengunjung ke kuil ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI