fbpx

Satu kampung termenung tunggu air surut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA Afiq Raja Shahrin termenung melihat air banjir yang masih bertakung mengakibatkan banjir termenung di kediamannya di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.

SEGAMAT – Banjir termenung yang melanda Kampung Seberang Batu Badak di sini setiap kali selepas banjir melanda daerah ini menjadikan penduduk kampungnya ‘termenung’ menunggu air surut sepenuhnya.

Menurut Raja Afiq Raja Shahrin, 20, penduduk kampung tersebut pernah menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) hampir sebulan ketika banjir besar pada tahun tahun 2015.

“Setiap kali banjir, satu kampung pasti ‘termenung’ mengenang nasib setiap kali kawasan kediaman kami dilanda banjir.

“Kami sudah lali terpaksa meninggalkan rumah masing-masing untuk berpindah ke lokasi selamat kerana rumah dinaiki air hingga paras 1.5 meter akibat limpahan air Sungai Segamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Batu Badak di sini hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat dalam satu kenyataan berkata, 26 penduduk membabitkan sembilan keluarga di Kampung Seberang Batu Badak menjadi mangsa banjir termenung di daerah ini.

Semua mangsa terpaksa dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat di sini, sejak 24 Januari lalu selepas kediaman masing-masing terjejas teruk akibat banjir lumpur.

“Keadaan air yang tidak bergerak (termenung) menyebabkan mangsa banjir terpaksa terus menjadi penghuni di PPS.

“Pelbagai agensi terbabit memerah keringat dalam tugas menyelamat mangsa antaranya adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Polis dan Majlis Perbandaran Segamat (MPS) bagi memastikan keselamatan penduduk diutamakan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI