fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 5 negeri sehingga pukul 8 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Jabatan Metreologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, kawasan di Pahang yang diramal berdepan dengan cuaca buruk ini adalah Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

“Amaran ribut petir juga dikeluarkan di Negeri Sembilan membabitkan kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin, manakala Johor pula di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Situasi sama turut dijangka di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Dalat dan Mukah), Kapit (Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis),” kata MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, bagi Sabah kawasan yang dijangka menghadapi ribut petir pula adalah Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI