fbpx

Ramai saran peniaga bazar Ramadan sedia kod QR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ramai yang memberi cadangan agar peniaga bazar Ramadan tahun ini menyediakan pembayaran tanpa tunai (cashless) menggunakan kod QR.

Cadangan itu bagi memastikan kelancaran urusan jual beli di bazar.

Seorang pengguna Twitter @bukhariramli mengajukan soalan secara terbuka kepada pengguna media sosial berkaitan tips sebagai peniaga dan pembeli.

“Sebagai peniaga, apa yang peniaga lain patut tahu?.

“Sebagai pembeli, apa yang nak cadangkan kepada peniaga?,” soalnya.

Pertanyaan lelaki tersebut sememangnya menerima pelbagai reaksi dan jawapan balas daripada pengguna lain.

“Saya cadang semua peniaga bazar sediakan kod QR untuk pembayaran, kalau yang mampu untuk beli mesin kad debit lagi bagus, zaman sekarang ramai dompet kosong, malas bawa keluar duit,” cadang Azuraa.

“Jangan wajibkan pembeli guna kod QR sahaja, jadikan ia pilihan untuk memudah cara, sama ada nak imbas atau bayar tunai, lancar proses jual beli, tak ada lagi masalah tak cukup duit kecil untuk baki,” kata Shahida.

“Kalau terlupa bawa dompet pun tak apa bila kita boleh buat pembayaran melalui online banking (pembayaran secara dalam talian) atau menggunakan kod QR,” ujar Mohd. Ridhwan yang juga bersetuju dengan cadangan rata-rata orang ramai itu.

Selain itu, antara saranan lain yang dikongsikan buat para peniaga adalah menyemak kualiti makanan yang dijual kepada pelanggan sama ada ia sedap untuk dimakan.

“Saya nak cadang peniaga beri ‘tester’ dahulu kepada jiran-jiran mereka untuk merasakan hidangan yang akan dijual, sebab ramai suka berniaga, tapi belum tentu rasanya sedap, asal boleh dan nak ikut orang,” ciap seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI