fbpx

Ramai pemain bola jual ‘pisang goreng’ – Teong Kim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEONG KIM menegaskan kewujudan liga divisyen kedua mampu beri lebih banyak peluang kepada pemain tempatan mendapat minit permainan.

PENGENDALI Perak FC, Datuk Lim Teong Kim merasakan Liga Malaysia (Liga M) akan jadi lebih sempurna sekiranya Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memper­kenalkan liga divisyen kedua seperti Liga Premier yang pernah wujud sebelum ini.

Tidak bermaksud untuk mempertikaikan pendirian MFL, Teong Kim menegaskan kewujudan liga divisyen kedua mampu beri lebih banyak peluang kepada pemain tempatan dan situasi itu bagus untuk pembangunan skuad kebangsaan.

“Format sekarang memang bagus kerana lagi banyak pasukan (bertanding) ia pasti akan jadi lebih bagus. Tapi sayang, tidak ada liga divisyen kedua sebab ramai pemain sekarang tidak ada kerja.

“Bagi saya Liga Super memang bagus tapi divisyen kedua tidak ada, itu membantutkan perkembangan bola sepak. Sekarang ramai pemain perlukan masa (permainan) untuk berkembang (tapi) tidak dapat peluang, mana mereka nak main sekarang?

“Main liga bawahan, terlampau rendah untuk perkemba­ngan mereka dan bagi saya tidak sesuai. Ini bukan kritikan tetapi fakta, memang bagus MFL buat begini tapi saya tidak faham divisyen kedua tidak ada kerana ramai pemain sekarang jual ‘pisang goreng’,” katanya pada sidang media pra perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan, semalam.

Mengulas lanjut tentang perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan menentang Kuala Lumpur City malam ini, Teong Kim sedia buka peluang seluas-luasnya kepada pemain muda untuk memikat perhatiannya.

Walaupun kebanyakan pasukan berlumba untuk dapatkan pemain terbaik sebelum Liga M hujung bulan ini, Teong Kim tidak pernah rasa rendah diri dengan set pemain dimilikinya kerana fokus utama adalah untuk bantu Harimau Malaya.

“Kalau tidak ada sesiapa yang beri peluang kepada pemain muda, kita akan terus berdepan masalah, bukan saja di Malaysia tetapi di luar negara. Keutamaan saya lebih menyeluruh, bukan soal menang, seri atau kalah saja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI