fbpx

Plat baharu KFN bunyi seram, insaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada laman sosial JPJ yang menunjukkan tawaran bidaan untuk siri baharu KFN.

PUTRAJAYA – Selepas kali terakhir siri pendaftaran kenderaan untuk Kedah iaitu KFC menjadi rebutan banyak pihak, kali ini plat bidaan baharu KFN disifatkan berbunyi seram.

Plat itu disifatkan sebagai seram berikutan huruf KFN dikaitkan kepada alam kematian di mana ia boleh menterjemahkan perkataan ‘kafan’.

“Dengar macam takut, tapi bila fikir balik rasa insaf pula,” kata Mohamad Saiful.

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula membuka siri kombinasi tiga angka itu untuk dibida secara elektronik bermula esok dan ditutup pada Khamis depan.

Orang awam yang berminat boleh memohon bidaan plat berkenaan dengan menelusuri pautan rasmi https://jpjebid.jpj.gov.my dan keputusan akan diumum pada Jumaat depan.

Berdasarkan sejarah JPJ Kedah, rekod bidaan tertinggi bagi siri plat negeri itu ialah KEN dengan kutipan hasil yang mencecah sebanyak RM4.8 juta ketika ditawarkan pada 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI