fbpx

Pesohor YouTube mati dicekik bapa sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIba al-Ali - CEN

BAGHDAD – Seorang gadis yang merupakan pesohor YouTube mati dicekik bapanya di Iraq dalam pembunuhan kerana menjaga maruah selepas mangsa memutuskan untuk berhijrah ke Turkiye, lapor portal berita MailOnline semalam.

Tiba al-Ali, 22, dibunuh oleh bapanya pada 31 Januari lalu di wilayah Diwaniya, selatan Iraq, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Saad Maan di laman Twitter semalam.

Dia telah meninggalkan tanah airnya pada 2017 untuk memulakan kehidupan baru di Turkiye dan merancang mengahwini teman lelakinya yang dilahirkan di Syria.

Namun, apabila kembali ke Iraq untuk menyokong pasukan bola sepak negaranya dalam Piala Teluk Arab pada Januari lalu, keluarganya telah bertindak menculik Tiba.

Rakaman perbualan yang tidak disahkan antara gadis tersebut dan bapanya menunjukkan bahawa lelaki tersebut tidak berpuas hati dengan keputusan mangsa untuk hidup bersendirian di Turkiye.

Media tempatan melaporkan bahawa gadis tersebut telah bersetuju untuk bertemu ibunya di rumah rakannya di Baghdad tetapi terkejut apabila seluruh keluarga datang.

Dia dipercayai tidak sedarkan diri selepas diberikan ubat dan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Al-Qadisiyyah dan ketika sedang tidur, bapanya masuk ke dalam bilik anaknya itu sebelum mencekiknya hingga mati.

Bapanya yang tidak dinamakan oleh media tempatan kemudian menyerah diri kepada polis dan memberitahu bahawa dia membunuh anak perempuannya sendiri untuk menghapuskan rasa malu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI