PETALING JAYA – Tular sebuah gambar di media sosial memaparkan tindakan seorang pemilik rumah di sebuah bangunan pangsapuri yang meletakkan pelbagai jenis barangan sehingga menghalang laluan orang ramai.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik di Facebook Taman Sri Gombak itu, antara barang yang dilihat memenuhi ruang koridor tersebut adalah peti ais, televisyen, dan pelbagai kelengkapan rumah lain termasuk beberapa buah basikal.
Bagaimanapun, lokasi tepat bangunan terbabit dan tujuan pemilik membuat tindakan sedemikian tidak dapat dikenal pasti sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk berhampiran.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membuat pelbagai spekulasi berkaitan perkara tersebut.
“Pengumpul barangan terpakai kot, dalam rumah penuh tak muat letak luar pulak,” seloroh Fadzliana.
“Ni jiran tak guna penting diri sendiri. Koridor tu untuk orang lalu. Bukan longgok sampah, menyusahakan,” ujar Jalita.
“Mungkin pindah rumah, atau buat ‘renovation’ (ubah suai), kita bersangka baik,” kata Sakura. – KOSMO! ONLINE