fbpx

Nunez akui diberi kata dua oleh Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARWIN mengakui tidak bermain baik ketika ini kerana masih dalam keadaan menyesuaikan diri dengan gaya bola sepan di England. - AFP

LIVERPOOL – Penyerang Li­verpool, Darwin Nunez mengakui sudah menerima ‘kata dua’ daripada pengendali pasukan, Jurgen Klopp selepas sering gagal menterjemahkan potensi yang dimilikinya sejak mula sertai pasu­kan, awal musim lalu.

Selain mengakui masih lagi tidak mencapai kualiti sebenar, penyerang dari Uruguay itu mengesahkan Klopp mahu diri­nya segera ketepikan keghairahan melampau khususnya pada pertemuan dengan Wolverhampton Wanderers malam ini.

“Saya tidak fikir yang saya sudah pun bermain baik, namun saya sentiasa mahukan pe­ningkatan dan cuba lakukannya setiap hari. Saya fikir dia (Klopp) mahu lihat apa yang pernah dia saksikan semasa saya wakili Benfica.

“Contohnya adalah prestasi saya ketika menentang Liverpool dan ketika itu saya berjaya ber­aksi baik. Klopp tahu kekuatan saya adalah kelajuan untuk berlari ke arah ruang dan dia beritahu yang saya perlu lebih tenang ketika bermain serta cuba lakukan lebih banyak gerakan.

“Dia mahu saya bertenang ketika mendapat peluang dan mahu saya ambil sedikit masa kerana jika saya lakukannya rembatan dalam keadaan tergesa-gesa, hasilnya akan jadi lebih teruk,” katanya.

Pada awal penyertaan bersama The Reds, Nunez yang sudah mengumpul 10 gol dalam 25 penampilan sering dibandingkan dengan penyerang prolifik Manchester City, Erling Haaland.

Pada masa sama, Nunez juga akui sudah pun mendapatkan tips daripada bekas penyerang Liverpool yang juga rakan sene­garanya, Luis Suarez, namun merasakan detik sukar dihadapi­nya ketika ini lebih menjurus kepada aspek penyesuaian diri.

“Soal menyesuaikan diri cukup penting dan perkara saya juga pernah berlaku ketika di Benfica. Pada tahun pertama, segalanya tidak berjalan dengan baik, namun selepas itu saya berjaya mendapatkan sentuhan cemerlang.

“Sudah pasti peluang ­bercakap dengan Suarez (ketika ­Piala Dunia) sangat membantu dan dia adalah contoh terbaik. Saya tanya banyak perkara ke­rana dia pernah berada di kelab ini dan sudah pasti dia adalah pemain penting untuk saya ­dapatkan nasihat,” kata Nunez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI