fbpx

Lebih 8,000 tin,botol arak tidak bercukai dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara minuman keras yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Kampong Bahol, Bukit Jalil, di sini, semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing dicekup selepas didapati menyeludup 3,694 botol dan 4,920 tin arak tanpa cukai bernilai RM270,000 dalam serbuan sebuah premis di Kampong Bahol, Bukit Jalil, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, serbuan dan penahan suspek dibuat kira-kira pukul 6 petang pada hari kejadian.

Katanya, suspek yang berusia 47 tahun itu dipercayai terlibat dalam kes penyeludupan arak tidak bercukai.

“Dalam serbuan yang dijalankan, kami merampas 3,694 botol dan 4,920 tin arak pelbagai jenama.

“Jumlah nilai rampasan keseluruhan termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM 270,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zam Halim, reman ke atas suspek telah dibenarkan selama 12 hari iaitu sehingga 15 Februari hadapan.

“Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI