fbpx

Kuskop harap peruntukan Bajet 2023 lebih RM666 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Benedick (empat dari kanan) bergambar bersama tetamu pada Sesi Sembang Santai YB Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi bersama Masyarakat Orang Asli Perak di PKOAP, Simpang Pulai hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) berharap peruntukan tambahan dapat disalurkan kepada kementerian itu menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan 24 Februari ini dalam usaha memperkasakan sektor usahawan dan koperasi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pihaknya mengemukakan cadangan awal kepada Kementerian Kewangan berjumlah RM666 juta bagi program pembangunan, serta yakin peruntukan tambahan yang dimohon itu akan diluluskan.

“Selain program sedia ada melibatkan agensi di bawah kementerian itu, program baharu turut dirangka bagi tahun ini antaranya program pembangunan perusahaan sosial, program pembangunan untuk penjaja dan peniaga kecil, dan programn usahawan siswasazah.

“Memang kita mencadangkan tambahan bajet dan walau apapun, berdasarian sesi libat urus bersama Kementerian Kewangan yang diadakan itu sangat-sangat positif. Mudah-mudahan ini diambil peduli oleh mereka,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan perasmian Majlis Sesi Sembang Santai bersama Masyarakat Orang Asli Perak di Pusat Kecemerlangan Orang Asli Perak di Kampung Kerawat, Simpang Pulai di sini.

Katanya, pihaknya amat yakin Kementerian Kewangan telah maklum dengan bajet serta program baharu yang dicadangkan.

“185 program atau projek dicadangkan oleh Kuskop untuk dilaksanakan kementerian itu serta agensi sepanjang tahun ini.

Menurutnya, beberapa cadangan baharu juga bersesuaian dengan agenda Madani cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terutama dalam meningkatkan mutu perkhidmatan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata selain kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Kuskop turut meluluskan moratorium atau penangguhan pembayaran semula pinjaman kepada mana-mana premis koperasi yang terkesan akibat bencana banjir pada 9 hingga 31 Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI