fbpx

Hasni akan bertanding rebut jawatan Naib Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohamad hari ini mengumumkan akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti pada bulan depan.

Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, keputusan itu diambil kerana masih mahu berbakti dan menyumbang usaha bagi memantapkan parti itu.

“Saya menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini kerana itulah jawatan yang boleh dipertandingkan pada waktu ini.

“Saya percaya ramai tokoh lain termasuk penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan turut mempertahan dan bertanding jawatan itu.

“Atas semangat untuk terus meyumbang bakti kepada parti pada semua peringkat, maka saya tawarkan diri untuk bertanding,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini hari ini.

Pada 27 Januari lalu, Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian digugurkan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor selepas menjawat jawatan itu sejak 2018.

Tindakan pengguguran itu diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) pada mesyuarat bulanan dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tempat Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu diambil alih Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI