MEDIA sosial minggu ini bukan sahaja dibanjiri dengan isu rumah tangga selebriti tetapi juga dihujani dengan gelagat putera kesayangan Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal.
Menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 28 Januari lalu, gelagat Bilal sepanjang majlis hari jadinya membuat ramai tidak senang duduk!
Bukan kerana hal negatif tetapi disebabkan kecomelan Bilal yang jarang dipertontonkan kepada umum. Paling membuatkan ramai geram ialah lengan ‘berototnya’.
“Alahai comelnya Bilal, rasa nak gigit lengan Bilal.
“Jarang dapat lihat wajah Bilal. Sekali didedahkan, memang terkesima lihat kecomelannya. Geram, seperti teddy bear!” komen netizen.