PETALING JAYA – Jabatan Metreologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh negara sehingga pukul 10 pagi ini.
Walau bagaimanapun MetMalaysia menerusi laman sesawangnya berkata, hanya kawasan di Pahang (Rompin) diramal berdepan dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
“Bagi kawasan-kawasan lain sekitar Semenanjung, termasuklah kawasan di Sabah dan Sarawak, cuaca dilaporkan cerah ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan setakat ini,” katanya.
Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE