fbpx

Air Sungai Tembeling mula melimpah masuk ke Kampung Bantal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIR Sungai Tembeling mula melimpah ke kawasan Kampung Bantal di Jerantut.

JERANTUT – Hujan lebat selama tiga hari menyebabkan air Sungai Tembeling melimpah ke tebing menyaksikan dataran jeti di Kampung Bantal di sini mula dinaiki air.

Air mula masuk ke kawasan kedai kopi, jeti bot penambang dan beberapa buah kediaman pesisir sungai bermula kira-kira pukul 10 malam ini selepas siren pertama amaran banjir berbunyi.

Seorang penduduk Kampung Bantal Seberang, Jamizan Rashid, 44, berkata, kejadian limpahan air berkenaan kerap berlaku apabila hujan lebat di ulu sungai pada penghujung dan awal tahun.

Katanya, pemilik beberapa buah kedai kopi dan runcit mula memindahkan barang ke tempat yang tinggi dan selamat sebagai persediaan awal dikhuatiri air semakin melimpah.

“Air mula memenuhi dataran kampung ini meliputi pondok menunggu bot penambang berdekatan jeti, kedai kopi dan laluan simen ke kawasan rumah berdekatan.

“Walau bagaimanapun, kami tidak panik kerana sudah tahu air akan melimpah memandangkan pada petang semalam paras air Sungai Tembeling mulai meningkat naik di tangga jeti bot kampung ini,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI