fbpx

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Presiden MAA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong, Raja Permaisuri menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Aishah.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh industri automotif negara dan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad Badjunaid, yang meninggal dunia Khamis lepas.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah.

Istana negara menerusi hantaran di Fecebook hari ini memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarhamah kepada negara dan menyifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan besar kepada industri automotif.

“Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga beliau sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Allahyarmahan Aishah yang menerajui pertumbuhan MAA dan menjadikannya persatuan industri automotif terkemuka di Malaysia, juga adalah Pengerusi Persekutuan Automotif Malaysia (AFM) sejak 1998.

“Beliau memulakan kerjayanya pada pertengahan 1970-an dengan Kumpulan Inchcape di Malaysia, kemudian menyertai Ford Malaysia, Tractors Malaysia dan akhirnya bersara pada 2021 apabila berkhidmat dengan Sime Darby Motors Division Sdn Bhd,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Allahyarhamah meninggal dunia di Jeddah pada usia 71 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI