fbpx

Wanita bujang rampas suami orang, tergamak maki hamun bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita bujang bercinta dengan suami orang sehingga rumah tangga pasangan tersebut runtuh.

PETALING JAYA – Bercinta dengan suami orang sehingga rumah tangga pasangan tersebut runtuh dan selepas berjaya mengahwini lelaki tersebut, tergamak pula wanita itu memaki hamun bekas isteri.

Bukan setakat maki hamun, wanita yang juga isteri baharu lelaki itu menggelarkan bekas isteri suaminya dengan panggilan tidak senonoh seperti ‘sundal’.

Itu kisah benar diceritakan menerusi Facebook Peguam Syarie, Nor Asyiqin, berhubung rumah tangga anak guamnya yang juga bekas isteri lelaki tersebut runtuh selepas seorang wanita bujang bercinta dengan suaminya.

“Isteri mengesyaki suami menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain selepas suami tiba-tiba berubah menjadi dingin dan panas baran.

“Suami yang dahulunya seorang ‘family man’ yang sering meluangkan masa atau bercuti bersama isteri dan anak berubah sekelip mata menjadi seorang yang sering ‘outstation’ dengan pelbagai alasan.

“Semuanya terbukti apabila isteri muncul ketika si suami sedang ‘dating’ dengan si skandal. Si skandal bermati-matian menafikan sedang jalin hubungan dengan suami, manakala si suami sudah tidak mampu menipu kerana kebenaran telah dirakam oleh isteri,” katanya dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, si isteri masih cuba memberikan peluang untuk suami berubah kerana masih sayangkan usia perkahwinan selama belasan tahun, namun usaha isteri sia-sia apabila suami tekad memfailkan cerai di mahkamah.

“Ketika dalam tempoh iddah, si suami telah berkahwin dengan wanita tersebut. Sebaik sahaja mereka berkahwin, si skandal yang kini telah menjadi isteri terus menghantar WhatsApp memaki hamun si isteri yang kini telah bergelar bekas isteri.

“Rasa puas kerana dapat memiliki lelaki tersebut di samping menggelar si bekas isteri ‘sundal’,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Nor Asyiqin berkata, anak guamnya mengetahui hubungan antara kedua-dua mereka selepas kekasih kepada wanita bujang itu memaklumkan kepadanya dan mendedahkan perkara sebenar.

“Hasil risikan daripada rakan-rakan lelaki wanita itu juga, mereka menyatakan ramai lelaki bujang ingin cuba mendekati wanita tersebut.

“Bagaimanapun, semua ditolaknya dan mereka tidak sama sekali menyangka wanita tersebut menjalinkan hubungan dengan suami orang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI