fbpx

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jennifer Hernandez berkongsi tips perniagaannya dalam akaun TikTok @tropicalcleanings. - TikTok

LONDON – Seorang wanita menjadi jutawan seawal usia 23 tahun selepas memulakan perniagaan menawarkan khidmat membersihkan kediaman, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jennifer Hernandez berkongsi kisahnya dan memberi nasihat kepada orang ramai dalam akaun TikTik @tropicalcleanings.   

Wanita itu tular bulan lalu selepas memuat naik video yang mendakwa dia menjana pendapatan AS$600,000 (RM2.6 juta) sebulan dengan pekerjaan itu.

Hernandez akan membersihkan lima pejabat pada setiap hari dengan bayaran AS$250 (RM1,065) setiap satu. Dalam tempoh seminggu, dia akan memperoleh AS$8,759 (RM37,344).

Wanita itu juga mempunyai 20 pekerja yang bekerja syif lapan jam. Setiap pekerjanya akan mengumpul wang sebanyak AS$1,000 (RM4,263) sehari.

“Cuba kira…jumlahnya AS$600,000 (RM2.6 juta) sebulan. Saya hanya berusia 23 tahun yang hanya berkata, Ayuh kita lakukan. Awak pun boleh,” katanya.

Hernandez telah menyiarkan berpuluh-puluh klip video pada bulan lalu sambil menjawab soalan dan tips tentang perniagaannya yang semakin berkembang. 

Ketika memulakan perniagaan, dia hamil enam bulan dan mempunyai seorang bayi untuk dijaga. Suaminya kemudian berhenti kerja untuk membantunya mengembangkan perniagaan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI