fbpx

Vape, shisha elektronik haram di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESALAH boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda. - Sodanie Chea/Flickr

BANGKOK – Seorang peguam memberi amaran kepada pelancong bahawa mereka berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda berat sekiranya didapati memiliki rokok elektronik termasuk vape di Thailand, lapor akhbar The Nation Thailand.

Ronnarong Kaewpetch mengulas isu tersebut selepas kekeliruan orang ramai terhadap kes polis Bangkok yang didapati bersalah mengambil rasuah daripada seorang aktres Taiwan. 

Dua pegawai polis berpangkat kapten polis dan lima orang sarjan dari balai Huay Kwang berdepan dakwaan tatatertib dan jenayah selepas menahan aktres, Charlene An kerana membawa vape pada 5 Januari lalu sebelum meminta wang sebanyak 27,000 baht (RM3,491).

Pengguna media sosial di Thailand keliru dengan penahanan Charlene An apabila peranti vape tersedia dan digunakan secara meluas di negara itu.

Ronnarong malah memberi amaran bahawa mereka yang ditangkap menghisap vape boleh dipenjara lima tahun dan dikenakan denda empat kali ganda berbanding harga peranti itu.

Tambah beliau, perbuatan menghisap vape di khalayak ramai melanggar Seksyen 42 akta kawalan tembakau yang membawa hukuman denda 5,000 baht (RM646).

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Thailand mengharamkan import peranti rokok elektronik, shisha dan shisha elektronik pada 2014, yang juga meliputi cecair vape.

Perbuatan mengimport peranti atau cecair vape adalah melanggar Seksyen 20 akta import/eksport yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan/atau denda lima kali ganda nilai barangan.

Lembaga Perlindungan Pengguna juga mengharamkan penjualan peranti itu pada 2015 dengan hukuman penjara sehingga lima tahun dan/atau denda 500,000 baht (RM64,643) menanti mereka yang didapati bersalah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI