fbpx

Tiada pelanggaran perlembagaan, 90 peratus perwakilan bersetuju – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad.

PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, menegaskan bahawa keputusan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan akan datang tidak melanggar sebarang perlembagaan parti.

Malah kata Ahli Parlimen Pontian itu, keputusan itu juga sama sekali tidak melanggar peraturan mesyuarat ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) lalu.

“Tiada pelanggaran Perlembagaan UMNO atau Peraturan Mesyuarat ketika Perhimpunan Agung 2022.

“Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90 peratus perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan Presiden dan Timbalan,” tulisnya di laman Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO, jawatan itu tidak dipertandingkan.

Terdahulu, pada PAU 2022 lalu, perwakilan UMNO meluluskan usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu kali ini.

Ketua Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, perkara itu dicapai dan mendapat persetujuan majoriti perwakilan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI