fbpx

Menu Rahmah akan dibawa ke IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled ketika bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Pra-Pelancaran Kampus Baharu Universiti UCSI Cawangan Bangladesh di Hotel Le Quadri di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Menu Rahmah yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan dilaksanakan di semua institut pengajian di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu sedang dibincangkan antara pihaknya bersama KPDN.

“Berhubung (Menu Rahmah), kita sedang bekerjasama dengan KPDN. Program itu memang akan dibawa masuk ke universiti dalam masa terdekat.

“Ketika ini, saya percaya pihak kementerian sedang membuat perbincangan (berhubung pelaksanaan) program ini. Saya rasa universiti di bawah KPT tidak ada masalah dalam menyediakan ruang untuk program Menu Rahmah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Pra-Pelancaran Kampus Baharu Universiti UCSI Cawangan Bangladesh, di Hotel Le Quadri, di sini, hari ini.

Difahamkan, pelaksanaan program Menu Rahmah di IPT adalah bagi menggantikan Menu Siswa Keluarga Malaysia yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini.

Menu Rahmah yang baru diwujudkan merupakan hidangan makanan berharga RM5 ke bawah khusus untuk golongan miskin tegar merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI