fbpx

Song Duk-ho elak sertai latihan tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG DUK-HO

TANPA berdalih, pelakon Song Duk-ho membuat pengakuan bahawa dia mengelak menyertai latihan ketenteraan wajib dengan cara yang salah.

Pengakuan tersebut dibuat Duk-ho selepas sumber memaklumkan pengunduran diri daripada drama Beneficial Fraud.

Memberi respons terhadap isu membabitkan Duk-ho, agensi Bistus Entertainment mengesahkan bahawa aktor itu yang mengelak menyertai latihan ketenteraan.

“Dia mencari maklumat dalam internet untuk menangguhkan latihan ketenteraan sekitar musim panas tahun lalu.

“Selepas mendapat nasihat menerusi blog seorang individu dikenali sebagai ‘A’, dia mengambil jalan yang salah dan bersetuju menerima tawaran Gred 4 (tugas tidak aktif),” jelas agensi tersebut.

Duk-ho kini dalam siasatan polis dan sedia bekerjasama untuk memberikan sebarang maklumat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI