fbpx

Remaja hilang, hanya motosikal ditemui di Pulau Mawar, Mersing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Akmal dan motosikal yang dinaiki ditemui oleh orang awam di Pulau Mawar, Mersing.

PETALING JAYA – Seorang remaja dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Makmur Kluang, Johor kira-kira pukul 7 pagi, Rabu lalu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Aku Budak Kluang (ABK), remaja terbabit, Muhammad Akmal Hakimi Ishak, 20 dikatakan keluar rumah dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda Wave ketika hari kejadian.

Menurut ibu mangsa, sehingga hari ini, anaknya itu tidak pulang dan satu laporan polis telah dibuat mereka sekeluarga pada hari kejadian.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Facebook ABK, orang ramai hanya menemui motosikal mangsa di Pulau Mawar, Mersing hari ini.

“Motosikal telah dijumpai di Pulau Mawar, Mersing, mohon warga Mersing jika ada info sila hubungi pihak keluarga di talian 017-7916270.

“Mohon doa semoga dipermudahkan segala urusan pencarian,” tulis ABK.

Tambah ABK, keadaan cuaca di Pulau Mawar ketika ini pula hujan sedang lebat.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mendoakan agar remaja terbabit segera ditemui dengan selamat.

“Pulau Mawar tu kalau air nak pasang tu cepat-cepat la keluar dari situ. Kalau dah air pasang jangan berani-berani nak berenang keluar, ramai yang dah jadi korban lemas,” tulis Ida Mawar.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Waja Hitam.

“Allahuakbar semoga dipermudahkan segala urusan mencari mangsa dan dapat ditemui dengan selamat Insya-Allah,” doanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI