fbpx

PM singgah makan tengah hari di Warung Pak Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika singgah makan tengah hari di Warung Pak Salleh, Port Dickson, hari ini.

PORT DICKSON – Pemilik Warung Pak Salleh, Azwan Azmi Ng, teruja apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, singgah makan tengah hari di kedainya.

Menurutnya, dia tidak menyangka kedai makannya dipilih sebagai lokasi persinggahan Perdana Menteri kerana sukar untuk percaya ketika diberitahu pada mulanya.

“Saya yakin Perdana Menteri memang akan hadir selepas wakilnya datang memaklumkan sendiri tapi sebelum itu saya dapat tahu daripada orang lain saya bimbang itu hanya kabar angin sahaja

“Kali pertama Perdana Menteri singgah di kedai ini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2018,” katanya ketika ditemui di warungnya, di sini, hari ini.

Turut hadir bersama Perdana Menteri ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Tambahnya, dia menyediakan menu popular di warung itu seperti rojak dan nasi goreng cina untuk hidangan makan tengah hari dan selepas itu Perdana Menteri berangkat ke Masjid Kariah Bagan Pinang di sini untuk solat Jumaat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI