fbpx

Penduduk Sungai Sireh bantah pembinaan ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Taman Sungai Sireh, Klang, yang hadir membantah projek ECRL, hari ini.

KLANG – Penduduk Taman Sungai Sireh di sini menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan bagi membina landasan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tanpa sebarang pemakluman atau sesi libat urus bersama mereka.

Malah, terdapat penduduk di situ terdiri daripada golongan B40 dan sudah berusia tidak rela kawasan mereka digunakan bagi projek mega tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Taman Sungai Sireh, Shapawi Hashim berkata, mereka hanya mengetahui mengenai keputusan pembinaan rel itu setelah membaca beritanya menerusi lama portal rasmi Kementerian Pengangkutan.

Dakwanya, tiada wakil sama ada Kerajaan Pusat atau negeri yang berjumpa bagi memaklumkan secara rasmi berhubung projek tersebut.

“Projek ini pastinya akan melibatkan pengambilan tanah dan kita bimbang apabila dianggarkan 300 penduduk akan terkesan tanpa sebarang lokasi alternatif pemindahan yang sesuai.

“Ketika ini pun dapat dilihat kontraktor yang dilantik ECRL sudah pun membuat kerja penandaan serta ukur tanah sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan aman di taman tersebut.

Kira-kira 100 penduduk menyertai perhimpunan aman itu selain menyerahkan memorandum bantahan kepada Ahli Parlimen Kapar, Dr. Halimah Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI