fbpx

PBB bimbang penghapusan etnik Rohingya berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELARIAN Rohingya makan sarapan di sebuah pusat perlindungan sementara di Ladong, wilayah Aceh pada 10 Januari lalu. -- AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Pasukan pakar bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat siuasi di Myanmar mendesak masyarakat antarabangsa supaya ‘melakukan lebih banyak’ untuk melindungi populasi Rohingya di negeri Rakhine.

Akhbar Arab News melaporkan semalam bahawa Utusan Khas PBB, Tom Andrews memberi amaran, kegagalan berbuat demikian mengundang risiko berulangnya tragedi 2017.

Beliau merujuk kepada penghapusan etnik Islam Rohingya yang bermula dengan operasi tentera terhadap komuniti itu enam tahun lalu. Tentera Myanmar membunuh beribu-ribu orang Rohingya, manakala lebih satu juta yang lain terpaksa melarikan diri ke negara-negara lain.

Etnik Rohingya menderita akibat diskriminasi, keganasan dan pembunuhan di Myamar selama berdekad-dekad. Namun, penghijrahan keluar terbesar bermula pada 25 Ogos 2017 selepas tentera Myanmar melancarkan operasi zalim di negeri Rakhine, utara Myanmar.

Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International (AI) berkata, gelombang keganasan yang berlaku jelas pelanggaran serius undang-undang antarabangsa

Junta Myanmar membakar keseluruhan kampung-kampung dan memaksa lebih 700,000 orang dengan separuh daripada mereka kanak-kanak, melarikan diri ke Bangladesh di mana hampir sejuta pelarian Rohingya kini hidup di kem-kem pelarian penuh sesak di Cox’s Bazar.

Andrews yang baru pulang daripada lawatan mencari fakta dan membentangkan laporannya kepada PBB di New York mengenai situasi di Myanmar memberitahu Arab News bahawa lebih 600,000 etnik Rohingya masih berada di negeri Rakhine dengan 130,000 daripada mereka hidup di kem-kem tahanan sementara.

“Malah, mereka yang tinggal di kampung-kampung pula, kampung-kampung mereka telah dikepung. Etnik Rohingya menjadi tahanan di kampung halaman sendiri. Mereka hampir tidak mempunyai hak sama sekali. Adalah sangat tertindas untuk hidup dalam keadaan seperti ini.”

“Anda tahu: Jika anda boleh terlepas apabila melakukan jenayah (genosid), mengapa tidak melakukannya sekali lagi? Jika masyarakat antarabangsa tidak bersedia membawa junta ke muka keadilan, mungkin mereka akan melupakan apa yang berlaku akibat rampasan kuasa tentera di Myanmar,” katanya.

Sementara itu, Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa Karim Ahmad Khan berkata siasatan yang sedang dijalankan oleh pejabatnya terhadap jenayah terhadap Rohingya akan menjadi keutamaan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Sejak junta tentera berkuasa, Andrews berkata sekurang-kurangnya 2,900 orang, dan mungkin lebih ramai lagi, telah meninggal dunia, manakala 17,500 orang menjadi tahanan politik dan sekurang-kurangnya 38,000 rumah, klinik serta sekolah dibakar.

Di samping itu, sejumlah 1.1 juta orang hilang tempat tinggal, lebih 4 juta kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada pendidikan formal dan 17.6 juta orang dijangka memerlukan bantuan kemanusiaan tahun ini, meningkat berbanding 1 juta sebelum rampasan kuasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI