fbpx

Netizen bimbang video tukang kayu pakai bikini ketika bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej seorang wanita yang namanya tidak didedahkan memakai bikini ketika bekerja menjadi tular di media sosial. - Today

LONDON – Seorang tukang kayu wanita menyiarkan video di media sosial menunjukkan dia memakai bikini ketika melakukan kerja-kerjanya, lapor portal berita Daily Star.

Dalam satu video, dia muncul di bengkel dengan memakai bikini dan memotong papan kayu kepada kepingan lebih kecil.

Satu lagi video serupa menyaksikan dia memakai topeng sambil bekerja.

Wanita muda itu merupakan pesohor media sosial dikenali dengan nama HardWoodBunny dan mempunyai lebih 17,000 pengikut  di laman YouTube di mana dia menyiarkan klip video rutin hariannya, demikian menurut portal berita The Sun.

Dia kini menguruskan sebuah perniagaan kecil, Stain and Ink untuk menjual produk buatan tangan secara online.

Seorang netizen memberi amaran kepada tukang kayu itu bahawa adalah tidak selamat untuk bekerja dengan menggunakan sedikit pakaian untuk melindungi badannya.

Namun, ramai juga yang teruja dengan kecantikan dan fizikalnya dengan seorang peminat berkata: “Jangan tanya saya apa yang dia lakukan, saya tidak begitu kisah  ketika ini.”

Tukang kayu yang bercita-cita tinggi itu yang juga seorang jurulatih peribadi bertauliah, menghabiskan hari rehatnya di gimnasium untuk mengekalkan bentuk badannya.

Dia menjelaskan dalam satu hantaran media sosial: “Sesetengah gadis mahu menjadi kuat, bekerja keras, melakukannya sendiri, Sesetengah gadis mahu menjadi lebih feminin.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI