fbpx

Magis Frozen tawan Sands Theatre Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN lagu-lagu indah dan jalan cerita menarik, pementasan Muzikal Disney Frozen juga memukau dengan rekaan kostum yang hampir semuanya menggunakan jahitan tangan.

MELANGKAH ke dewan di Marina Bay Sands Singapura pada sidang media Muzikal Disney Frozen sudah disambut lagu Let It Go yang menandakan pementasan bertaraf dunia itu kembali ke Kota Singa berkenaan.

Bakal membuka gelanggag pada 5 Februari 2023 ini, persembahan yang dijadualkan berlangsung selama sebulan itu pastinya mengujakan ramai, terutama pengikut tegar kisah duua gadis bersaudara ikonik itu.

Tidak hairan, pembawa watak Elsa, Jemma Rix, 38, juga tidak sabar bertemu penonton setia yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepasa muzikal berkenaan.

KISAH cinta dan kekeluargaan dalam Frozen terus mekar dan kini beralih format daripada karya animasi ke pentas teater.

Terharu diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Elsa dan menjadi sebahagian daripada pasukan Disney Frozen adalah impian Rix sebagai penghibur.

“Apabila anda mahukan sesuatu yang bukan semua orang boleh kecapi, anda akan menghargai peluang diberikan dengan melakukan amanah bersungguh-sungguh.

“Memang timbul rasa bimbang kerana ini tanggungjawab besar, namun saya cuba membawakan watak Elsa ini sehabis baik bersama sokongan rakan sepasukan,” kata pelakon asal Australia itu ketika ditemui HibGlam bersama wakil media Asia Tenggara di Singapura, baru-baru ini.

Muzikal Disney Frozen akan dipentaskan selama sebulan di Singapura.

Hadir sama pada majlis berkenaan, teman gandingan yang membawa watak Olaf, Matt Lee selain Pengarah Residen, Benjamin Osborn.

Berkongsi pengalaman ketika uji bakat, Jemma yang lebih dahulu menyertai pasukan persembahan di Universal Studio Jepun mengakui proses tersebut bukan mudah.

Katanya, peluang mempersembahkan beberapa babak bersama pemegang watak Anna, Courtney Monsma ketika fasa akhir uji bakat menjadi satu kenangan manis.

“Secara langsung terus ada keserasian antara kami selaku adik beradik Anna dan Elsa hingga akhirnya saya dipilih menerajui pementasan ini dengannya,” kongsinya.

Bakal berlabuh di Sands Theatre, Marina Bay San, Singapura, Rix juga teruja untuk tampil dengan aneka kostum sebagai pelengkap penampilannya dan barisan pelakon lain.

Katanya muzikal dibawakan Base Entertainment Asia menerusi Disney Theatrical Productions itu menggunakan 440 kostum serta 120 kasut jahitan tangan.

“Bukan hanya hampir 100 pasang sepatu jahitan tangan kami dapat gayakan, kostum dengan perincian batu hiasan serba mewah terutama gaun Elsa dan Anna juga dijahit satu per satu.

JEMMA RIX tidak sabar menemui penonton dengan watak dalam Muzikal Disney Frozen di Sands Theatre, Singapura bermula 5 Februari ini.

“Salah satu gaun diserikan 40,000 batu kristal yang mengambil masa tiga bulan untuk disempurnakan,” katanya mengakui selain plot menarik, kostum serta rekaan pentas juga antara magis muzikal itu.

Muzikal Disney Frozen diangkat daripada cerita dongeng asal tulisan Hans Christian Andersen, The Snow Queen yang turut menyajikan 12 dendangan lagu penuh emosi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI