fbpx

Lokar sekolah ada tapi buku teks tetap ‘hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 249,646 buah lokar disediakan di 626 sekolah seluruh negara.

Akhir tahun lalu, murid-murid tahap satu yang berada di sekolah dua sesi disediakan lokar untuk menyimpan buku-buku.

Penyediaan lokar itu dibuat disebabkan desakan pihak-pihak tertentu (mungkin ibu bapa) mengenai bebanan buku yang banyak bagi murid-murid tahap satu ke sekolah.

Seingat penulis, isu beg berat ini seolah-olah isu yang tidak berkesudahan beberapa tahun sebelum itu.

Sehinggalah Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Dr. Radzi Jidin merealisasikan kewujudan lokar sebanyak 249,646 buah di 626 sekolah seluruh negara.

Sebelum itu pelbagai isu berbangkit untuk disediakan lokar dalam kelas disebabkan tiada tempat. Kelas sudah padat dengan meja belajar.

Sebenarnya bagi yang tidak tahu, ketika kalut-kalut isu lokar itu sebenarnya beg murid sekolah rendah sudah tidak berat.

Perkara itu disebabkan sudah dilaksanakan jadual anjal di sekolah.

Hanya empat atau tiga buku sahaja yang perlu dibawa setiap hari ke sekolah. Betul! ketika itu tiada lagi masalah beg berat. Anak penulis sendiri yang turut menerima salah satu lokar itu.

Tiba-tiba lokar diluluskan dan semua murid yang terlibat yang menerima lokar itu perlu tinggalkan buku di sekolah iaitu dalam lokar berkenaan.

Tidak boleh dikunci kerana mungkin ada kes hilang kunci dan timbul masalah lain pula.

Setelah lokar sampai ke sekolah, masalah lain pula timbul, buku hilang di sekolah dan tidak bawa pulang buku ke rumah apabila ada kerja rumah.

Hujung-hujung habis sesi persekolahan ini pula apabila tiba masa hendak pulangkan buku teks semua buku tidak nampak bayang.

Pening kepala ibu bapa hendak mencari ganti buku teks yang entah ke mana itu.

Pada hemat penulis, perbelanjaan RM37.3 juta bagi membekalkan lokar-lokar ke 626 sekolah itu adalah pembaziran sedangkan jadual anjal yang dibuat sebelum itu adalah yang paling berkesan.

Peruntukan sebanyak itu adalah baik digunakan untuk membeli meja kerusi baharu di sekolah yang berlubang seperti ‘kena bom’.

Sekolah kebangsaan anak-anak kita bukan seperti sekolah Cina yang ada duit persatuan ibu bapa guru-guru berkepuk-kepuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI