fbpx

Langkah kawal kewangan negara, peruntukan pembangunan Ahli Parlimen dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah), ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa untuk makan tengah hari di Warung Pak Salleh, Kampung Baru Sirusa di sini, hari ini.

PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan peruntukan pembangunan kepada ahli-ahli Parlimen tahun ini akan dikurangkan sebagai salah satu langkah keperluan mengawal kewangan negara.

Menurutnya, peruntukan yang diselaraskan dengan pejabat daerah serta pegawai kemajuan negeri itu tetap akan disalurkan namun secara berperingkat dan mengikut keperluan.

Katanya, ia juga termasuk projek-projek yang mendesak seperti pembaikan jalan yang rosak dan mendalamkan sungai.

“Ia peruntukan pembangunan untuk ahli-ahli Parlimen, ia diselaraskan dengan pejabat daerah dan pegawai kemajuan negeri tetapi ekoran kekangan ekonomi, saya ingat biarlah ia diberikan secara berperingkat. Jadi, dana untuk ahli-ahli Parlimen juga terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa untuk makan tengah hari di Warung Pak Salleh, Kampung Baru Sirusa di sini, hari ini.

Tambahnya, sebagai contoh awal ahli Parlimen juga sanggup untuk kurangkan kerana ia sumbangan pembangunan yang diselaraskan oleh Parlimen dan pejabat daerah.

“Ia memberi satu mesej tentang keperluan mengawal kewangan negara. Walaupun ada permohonan untuk lihat semula, tetapi projek-projek yang mendesak, surau rosak, jalan ataupun beberapa isu seperti mengorek sungai, dan ada hal-hal yang penting, kita boleh pertimbangkan,” tambahnya.

Jelasnya, bagaimanapun jumlah peruntukan tersebut pasti akan dinilai semula apabila keadaan ekonomi dan kewangan negara bertambah baik pada masa hadapan selain menegaskan keputusan yang diambil itu kerana beliau sangat tegas dalam isu governans, rasuah dan salah guna kuasa.

Kata Anwar, ia termasuk berkaitan kewangan parti-parti politik sebagai mana siasatan yang dijalankan terhadap akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ini.

“Apa juga alasan, kamu kena jelaskan kepada rakyat, bagaimana parti politik boleh melakukannya, bagaimana dalam keadaan Covid-19, ketika orang tiada kerja, tiada wang, parti boleh kumpul ratus-ratus juta.

“Kemudian guna isu (memberi) tekanan, jawablah bahawa betul tidak ada RM300 juta dalam akaun, jika betul ada, dari mana? mengapa boleh kumpul begitu banyak wang untuk parti dalam keadaan orang tiada kerja dan susah, bantuan terbatas dan projek-projek dibatalkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI